Sabtu, 20 Ogos 2011

KESILAPAN YANG AKAN ANDA SESALI.....DAN MUNGKIN JUGA TIDAK

Pernahkah anda melakukan kesilapan dan kerananya anda menyesal setelah menyedarinya....

Inilah yang berlaku kepada aku beberapa hari yang lalu..... Disebabkan kesilapan aku yang kononnya ingin berterus terang aku telah disalah anggap oleh seseorang yang menyangkakan aku ingin memikatnya....Sedangkan aku hanya menyampaikan rasa hati dan tidak mengharapakan apa2 balasan. Disebabkan kebodohan sendiri yang ingin bertindak jujur kononnya aku dipaksa membayar harga yang cukup mahal sehingga orang tersebut menjauhkan diri dari aku sehinggakan "sms" pun diharamkan.......

Aku terpaksa menjauhkan diri darinya dan berhenti dari menghubungi atau berkomunikasi dengannya dalam apa jua bentuk kerana aku tidak mahu terus disalah anggap. Walaupun ya...perkara ini melukakan hati aku tetapi apa yang mampu aku lakukan lagi melainkan beredar sebelum keadaan bertambah parah...

Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan-Nya dan menerima ujian ini dengan hati yang lapang sempena bulan Ramdhan yang penuh berkat ini.....Allahuakbar.........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan