Isnin, 24 Oktober 2011

Sekadar Renugan Bersama...............

Kadang kadang kita berdoa untuk kuat, tapi kenapa banyak dugaan ...
Kadang kadang kita minta sokongan, tetapi masalah pulak yang datang....
Kadang kadang kita minta kebahagiaan, tapi huru hara pulak jadinya....

DUGAAN menjadikan mental kita kuat.........
MASALAH menjadikan kita berfikir.....
HURU HARA menjadikan kita tabah.....

Hebatnya DIA ..... Semuanya ada hikmah...

Kalaulah kita tahu maksud HADIS ini.....
"Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, ENGKAU sampaikanlah hajat hambamu itu", Maka ALLAH menjawab kepada Jibril A.S..."BIARKAN HAMBAKU ITU, KERANA AKU MENCINTAI SUARANYA DAN AKU MAHU MELIHAT SEJAUHMANA TAHAP KESABARANNYA.".........

Oleh itu sebagai Muslim kita mestilah menerima QADA' DAN QADAR ALLAH...
Jangan sesekali menyalahkan sesiapa diatas apa yang terjadi keatas diri kita.....

Contohilah Insan Terbaik sepanjang zaman iaitu Rasulullah S.A.W......

Semoga kita semua mendapat rahmat dan keredhaan Allah Taala hendaknya....Aminnnnnn..........

Rabu, 12 Oktober 2011

HARI PALING BERTUAH DALAM HIDUP???

Pick your date and tell about your luckiest day in your life until now....

ME.... I don't think that I have more luckiest day other than being born into this world... If we look back where we come from, we carrying nothing with us. Born unclothed, no money, no nothing. But soon after that we have got much love from our parents and all people around us... Times were passed, we grow as a boy, become teenager, being gentlemen,   got married and being old... So what we learn actually in our live..

Sometime people forget to thank people who care about them, just after they were not around or no longer caring about us, then we feel something were missing in our life.

A lot of people were doing that mistake everyday, so only when they realize it already to late.

So guys we still have time, still have people who care about us and people who we care the most, so wake up cheered up. Make something in your life that you can proud of one day. Do anything in your power to make people around you happy and the most important DO NOT HURT THE PEOPLE WHO CARE ABOUT YOU...

So let us think I about it seriously...

Ahad, 9 Oktober 2011

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA....................

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Khamis, 8 September 2011

LUAHAN PERASAAN SIRI 1.....

Dimana harus ku mulakan kenyataan ini....sejak akhir akhir ini aku kerap sungguh dilanda pedih hati, entah kenapa ianya hadir sendiri....

Kadang kadang bila di renung balik aku rasa macam tak ada kawan dalam hidup aku...
Tak tahulah sama ada aku jenis susah kawan ngan orang atau memang orang tak suka kawan ngan aku....entahlah....

Mungkin Allah menetapkan aku tidak ramai kawan dan Alhamdulillah tidak ramai musuh...

Apa yang boleh aku buat hanyalah bersabar menghadapi segala ujian ini...

Sabtu, 27 Ogos 2011

KENANGAN RAYA 2010

Gambar yang menyimpan seribu satu kenangan......Bersama almarhum bonda tercinta pada hari raya kedua pada tahun 1431 hijrah bersamaan 2010 masehi....

Hari Raya yang cukup bermakna bagi bonda tersayang kerana semua anak cucu balik beraya di kampung. Senyuman tidak lekang lekang dari bibir bonda walaupun beliau merindui insan yang telah mendahuluinya menemui Ilahi.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Apa Makna Cinta.....?

Jika ada yang bertanya gambarkan cinta anda kepadanya...bagaimana anda hendak menjelaskannya....

Cinta sesuatu yang mistik bukan boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dengan mata hati kurniaan Ilahi... ada orang yang menemui cinta tetapi gagal dimanfaatkan kerana dia tidak mengenali cinta tesebut dan juga gagal merasakan kehadiran cinta di kelilingnya...

Pada aku cinta tdak ubah seperti udara di sekeliling kita hari ini....Jika orang yang aku sayang bertanya apa gambaran cinta aku terhadapnya....sila lihat udara....di sekelilingnya.....manusia memerlukan udara....begitulah aku....sekiranya diperlukan aku akan sentiasa ada di sisi mereka yang aku sayang.

Setiap nafas yang dihela oleh sang kekasih aku sentiasa ada bersamanya.... tetapi kehadiran dan kewujudan kita tidak dapat dilihat dengan mata kasar...tetapi seperti udara....kita tidak mengharapkan apa apa balasan dari mereka....sekadar memberi mereka keselesaan untuk menghirup udara segar dan terus menikmati kehidupan tanpa sebarang gangguan....

Sabtu, 20 Ogos 2011

KESILAPAN YANG AKAN ANDA SESALI.....DAN MUNGKIN JUGA TIDAK

Pernahkah anda melakukan kesilapan dan kerananya anda menyesal setelah menyedarinya....

Inilah yang berlaku kepada aku beberapa hari yang lalu..... Disebabkan kesilapan aku yang kononnya ingin berterus terang aku telah disalah anggap oleh seseorang yang menyangkakan aku ingin memikatnya....Sedangkan aku hanya menyampaikan rasa hati dan tidak mengharapakan apa2 balasan. Disebabkan kebodohan sendiri yang ingin bertindak jujur kononnya aku dipaksa membayar harga yang cukup mahal sehingga orang tersebut menjauhkan diri dari aku sehinggakan "sms" pun diharamkan.......

Aku terpaksa menjauhkan diri darinya dan berhenti dari menghubungi atau berkomunikasi dengannya dalam apa jua bentuk kerana aku tidak mahu terus disalah anggap. Walaupun ya...perkara ini melukakan hati aku tetapi apa yang mampu aku lakukan lagi melainkan beredar sebelum keadaan bertambah parah...

Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan-Nya dan menerima ujian ini dengan hati yang lapang sempena bulan Ramdhan yang penuh berkat ini.....Allahuakbar.........