Jumaat, 26 Ogos 2011

Apa Makna Cinta.....?

Jika ada yang bertanya gambarkan cinta anda kepadanya...bagaimana anda hendak menjelaskannya....

Cinta sesuatu yang mistik bukan boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dengan mata hati kurniaan Ilahi... ada orang yang menemui cinta tetapi gagal dimanfaatkan kerana dia tidak mengenali cinta tesebut dan juga gagal merasakan kehadiran cinta di kelilingnya...

Pada aku cinta tdak ubah seperti udara di sekeliling kita hari ini....Jika orang yang aku sayang bertanya apa gambaran cinta aku terhadapnya....sila lihat udara....di sekelilingnya.....manusia memerlukan udara....begitulah aku....sekiranya diperlukan aku akan sentiasa ada di sisi mereka yang aku sayang.

Setiap nafas yang dihela oleh sang kekasih aku sentiasa ada bersamanya.... tetapi kehadiran dan kewujudan kita tidak dapat dilihat dengan mata kasar...tetapi seperti udara....kita tidak mengharapkan apa apa balasan dari mereka....sekadar memberi mereka keselesaan untuk menghirup udara segar dan terus menikmati kehidupan tanpa sebarang gangguan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan