Sudah dekat satu minggu ibuku meninggal dunia.....
Tetapi ingatanku tetap masih bersamanya... aku amat terasa dengan kehilangan ibuku yang kembali mengadap Rabb nya....
Tetapi aku tetap redha dengan ketentuan Ilahi ini kerana setiap yang hidup pasti akan menempuh kematian....
Mudah mudahan roh ibuku ditempatkan bersama para solihin dan mendapat keampunan dan redha Allah hendaknya...amin....
Sedikit mengenai ibuku...
Dia bukanlah orang yang berada hingga mampu mneingalkan kepada kami adik beradik gedung gedung harta atau himpunan berekar tanah untuk diwarisi....
Ibuku tidak terpelajar seperti kebanyakan ibu zaman sekarang....
Namun begitu ibuku amat istimewa kerana telah membesarkan kami sembilan orang adik beradik dengan penuh susah payah bersama bapaku sehingga kami mapu berdikari dan menjadi orang yang berguna hari ini.....
Ibu tidak pernah mengharapkan anak2nya membelikan segala macam kemewahan dunia untuk dinikmati....cukup sekadar menjenguk ibu di waktu lapang hujung minggu bersama keluarga ersayang... kerana bagi ibu melihat kepulangan anak anak dan keletah cucu sudah cukup memberi kebahagian yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit....
IBUUUUU.......
AKU AMAT MENYAYANGI IBU...
AKU DOAKAN IBU SENTIASA DIDALAM RAHMAT DAN PERLINDUNGAN ALLAH....
MOGA DIKETEMUKAN SEMULA DI SYURGA ..INSYA ALLAH.....AMIN..........