Bila bicara soal cinta atau sayang selalunya perkara ini akan menjadi suatu tajuk yang subjektif kerana pendapat setiap orang akan berbeza beza.
Walaubagaimanapun dapat dibuat rumusan rambang (bukan 100% tepat) menunjukkan terdapat jurang perbezaan antara makna cinta bagi wanita dan lelaki.
WANITA-
Mereka menganggap cinta ialah possession atau memiliki sesuatu yang dicintai. So dalam konteks ini apabila wanita mencintai seseorang ia akan memberi maksud mereka memiliki seseorang. Jadi apa sahaja yang dibuat, difikir dan dilakukan oleh orang yang dimiliki mestilah bertepatan dengan kehendak dan selera mereka. Maka disini akan timbul satu perasaan ingin menguasai dan mengongkong pasangan mereka. Inilah yang selalunya menjadi punca perbalahan dikalangan setiap pasangan. Berbeza dengan lelaki....
LELAKI-
Pada mereka cinta ialah satu anugerah yang suci. Orang putih sebut ia suatu honour... Suatu penghargaan jika dapat mencintai seseorang apatah lagi jika dicintai kembali. Ia bersesuaian dengan fitrah lelaki yang dijadikan oleh Allah taala mempunyai hati yang mampu menyintai empat wanita seperti disebut didalam kitab suci Al Qur'an dimana lelaki dibolehkan mengahwini empat wanita selagi mana syarat keadilan itu mampu ditegakkan. Cuma kadang kadang lelaki yang diberi peluang oleh Allah mencintai lebih dari seorang wanita gagal memanfaatkan peluang dan gagal menuruti kehendak dan tuntutan syarak yang disebut di dalam Al Qur'an.
Lelaki juga dibebankan dengan satu tanggungjawab yang maha berat di padang mahsyar nanti dimana mereka akan menanggung 4 wanita daripada kalangan mereka iaitu ibunya, isterinya, saudara perempuannya dan anak perempuannya. Sedangkan wanita mereka akan ditanggung keatas empat lelaki iaitu bapanya, saudara lelakinya, suaminya dan anak lelakinya. Tetapi berapa ramai wanita yang menyedari hakikat ini, kerana zaman sekarang kebanyakan wanita seakan akan tidak kisah apa akan jadi di mahsyar nanti kerana kalau dilihat pada pakaian dan fesyen zaman sekarang amat menggerunkan lelaki lelaki yang akan menanggung mereka di mahsyar nanti.
Ini hanyalah pendapat yang mungkin betul dan mungkin juga silap. Ia hanya pandangan penulis yang terdedah kepada kekhilafan sebagai manusia biasa yang tidak sunyi melakukan kesalahan.
Sama samalah kita renungkan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan