ALLAH MENGURNIAKAN KITA DUA MATA, DUA TELINGA DAN SATU MULUT SUPAYA KITA KURANGKAN BERCAKAP DAN BANYAK MELIHAT DAN MENDENGAR, SUPAYA KITA SEDAR SIAPA DIRI KITA......
Rabu, 1 September 2010
Freedom of Speech Spirit
"Buktinya lagi apabila Presidennya nak tunjuk ‘baik-bodoh’ tak kena tempat- “PAS tidak akan berkawan dengan UMNO, kerana mahu meringankan beban parti itu yang kini sarat dengan pelbagai penyakit seperti rasuah, dan rakyat mulai membenci setiap tindakan mereka.” Bermakna jika PAS pergi berkawan akan menambahkan lagi beban penyakit.. kerana PAS itu sendiri pun pembawa penyakit. Atau, PAS jenis golongan yang pilih kasta hanya akan berkawan dengan yang kasta elok, yang dah tenat.. biaq dia mampuih! Tak perlu bantuan apa-apa. Ataupun, PAS dah bertuhankan orang ramai demokrasi. Apa yang orang-ramai (rakyat) suka @ benci, itulah yang PAS suka @ benci."
Salam Tuan,
Diatas petikan daripada penulisan tuan sebelum ini yang cuba menggambarkan seolah olah satu dosa yamg amat besar apabila pas menolak pelawaan Umno untuk bersatu. Tapi atas dasar apa saya tak pasti, kerana sepanjang pengetahuan saya yang cetek ilmu ini, Umno hanya akan cari bantuan bila dia rasa dia lemah dan kurang sokongan melayu, bila dia dah kuat dia akan kembali ke perangai lamanya. Saya berkata demikian kerana dasar mereka bukan Islam, tetapi kebangsaan. Sedangkan apabila pas bersama dengan PR, sekurang kurangnya dasar pas iaitu Islam dihormati. Bab bukan islam dikatakan mencemari kesucian Islam, saya nak tanya, adakah pemimpin negara kita memelihara kesucian Islam? isteri pemimpin negara banyak lagi yang x menutup aurat, malah mereka berbangga pula dengan trend tidak menutup aurat ini. Islam diperkotak katik bukan disebabkan oleh Pas, tetapi Umno selama memerintah apa yang dia buat untuk memuliakan Islam? Rampas Masjid, tutup surau atau halang ustaz2 memberi kuliah. Kita sama2 sayangkan Pas, tetapi saya melihat tuan mengatakan kami berfikiran kedai kopi, tetapi sedarkah kita dengan idea kedai kopi inilah pas masih lagi bertahan berserta dengan bantuan Allah. Jadi tak salah kalau kami pula yang mengatakan pemikiran tuan agak UMNO sedikit kerana bila tak setuju dengan kehendak tuan maka dikatakan pemimpin ini bodoh, pemimpin itu bangang. Apa sebenarnya yang tuan cuba lakukan. Pas ada saluran untuk kita bagi pendapat. Tapi bagi saya dengan cara menulis di blog2 bagi memburukkan pimpinan dan PAS sendiri adalah perkara yang amat bercanggah dengan perjuangan Islam. Saya tak faham bagaimana tuan melihat keengganan pas bersama dengan Umno suatu kesalahan sedangkan pada masa yang sama keengganan kerajaan menghapuskan akta2 zalim menyekat hak rakyat langsung tidak disentuh. Marilah kita sama2 muhasabah, kita mengkritik orang itu orang ini, adakah kita ini telah melaksanakan tanggungjawab kita. Jadi tak perlulah kita bergaduh kerana umno. Insyaallah PAS tidak akan meninggalkan islam walaupun seluruh dunia menyerang islam. tetapi Umno sanggup jual Islam untuk kelangsungan nafsu serakah mereka.
Dalam beberapa isu terbaru, komen tuan seolah tuan hanya membaca laporan utusan dan berita harian kerana mengatakan bukan islam masuk ke masjid suatu perkara mencemarkan islam, tetapi pendapat majlis fatwa pula sebaliknya. Malah mengharuskan pula perkara terbabit. Islam untuk semua manusia bukan untuk melayu dan Umno semata mata.
Banyak sebenarnya yang ingin saya bincangkan dengan tuan tapi saya rasa cukuplah sekadar ini dahulu. Apa apa pun saya hormati pandangan dan pendapat tuan kerana kita sama sama memperjuangkan hak kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan negara....Assalamualaikum...
"Buktinya lagi apabila Presidennya nak tunjuk ‘baik-bodoh’ tak kena tempat- “PAS tidak akan berkawan dengan UMNO, kerana mahu meringankan beban parti itu yang kini sarat dengan pelbagai penyakit seperti rasuah, dan rakyat mulai membenci setiap tindakan mereka.” Bermakna jika PAS pergi berkawan akan menambahkan lagi beban penyakit.. kerana PAS itu sendiri pun pembawa penyakit. Atau, PAS jenis golongan yang pilih kasta hanya akan berkawan dengan yang kasta elok, yang dah tenat.. biaq dia mampuih! Tak perlu bantuan apa-apa. Ataupun, PAS dah bertuhankan orang ramai demokrasi. Apa yang orang-ramai (rakyat) suka @ benci, itulah yang PAS suka @ benci."
Salam Tuan,
Diatas petikan daripada penulisan tuan sebelum ini yang cuba menggambarkan seolah olah satu dosa yamg amat besar apabila pas menolak pelawaan Umno untuk bersatu. Tapi atas dasar apa saya tak pasti, kerana sepanjang pengetahuan saya yang cetek ilmu ini, Umno hanya akan cari bantuan bila dia rasa dia lemah dan kurang sokongan melayu, bila dia dah kuat dia akan kembali ke perangai lamanya. Saya berkata demikian kerana dasar mereka bukan Islam, tetapi kebangsaan. Sedangkan apabila pas bersama dengan PR, sekurang kurangnya dasar pas iaitu Islam dihormati.
Bab bukan islam dikatakan mencemari kesucian Islam, saya nak tanya, adakah pemimpin negara kita memelihara kesucian Islam? isteri pemimpin negara banyak lagi yang x menutup aurat, malah mereka berbangga pula dengan trend tidak menutup aurat ini. Islam diperkotak katik bukan disebabkan oleh Pas, tetapi Umno selama memerintah apa yang dia buat untuk memuliakan Islam? Rampas Masjid, tutup surau atau halang ustaz2 memberi kuliah.
Kita sama2 sayangkan Pas, tetapi saya melihat tuan mengatakan kami berfikiran kedai kopi, tetapi sedarkah kita dengan idea kedai kopi inilah pas masih lagi bertahan berserta dengan bantuan Allah.
Jadi tak salah kalau kami pula yang mengatakan pemikiran tuan agak UMNO sedikit kerana bila tak setuju dengan kehendak tuan maka dikatakan pemimpin ini bodoh, pemimpin itu bangang. Apa sebenarnya yang tuan cuba lakukan. Pas ada saluran untuk kita bagi pendapat. Tapi bagi saya dengan cara menulis di blog2 bagi memburukkan pimpinan dan PAS sendiri adalah perkara yang amat bercanggah dengan perjuangan Islam.
Saya tak faham bagaimana tuan melihat keengganan pas bersama dengan Umno suatu kesalahan sedangkan pada masa yang sama keengganan kerajaan menghapuskan akta2 zalim menyekat hak rakyat langsung tidak disentuh.
Marilah kita sama2 muhasabah, kita mengkritik orang itu orang ini, adakah kita ini telah melaksanakan tanggungjawab kita. Jadi tak perlulah kita bergaduh kerana umno. Insyaallah PAS tidak akan meninggalkan islam walaupun seluruh dunia menyerang islam. tetapi Umno sanggup jual Islam untuk kelangsungan nafsu serakah mereka.
Dalam beberapa isu terbaru, komen tuan seolah tuan hanya membaca laporan utusan dan berita harian kerana mengatakan bukan islam masuk ke masjid suatu perkara mencemarkan islam, tetapi pendapat majlis fatwa pula sebaliknya. Malah mengharuskan pula perkara terbabit. Islam untuk semua manusia bukan untuk melayu dan Umno semata mata.
Banyak sebenarnya yang ingin saya bincangkan dengan tuan tapi saya rasa cukuplah sekadar ini dahulu. Apa apa pun saya hormati pandangan dan pendapat tuan kerana kita sama sama memperjuangkan hak kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan negara....Assalamualaikum...
September 1, 2010 10:47 AM