Puasa ada lagi dua hari kalau dikira dari hari ini. Hanya tinggal jumaat dan sabtu untuk kita bermesra dengan ramadhan, kemudian ramadhan akan pergi lagi meninggalkan kita untuk bertemu dengan Syawal yang bakal tiba. Dua hari ini juga masa untuk kita melakukan segala amal kebajikan bagi memperolehi segala janji yang telah dinyatakan oleh Allah S W T kepada hambanya.
Tapi itu bab ramadhan, selalunya bila syawal hampir menjelang mana ada orang yang nak ingat yang bulan puasa dah nak pergi dari kita. Masing masing dok ingat baju raya berapa pasang, kuih berapa jenis, cuti berapa hari dan tak lupa juga ada yang dah mula mencongak hasil yang akan diperolehi daripada kutipan duit raya. Hmmmm.... inilah kita yang sebenarnya. Tak payah ada yan nak menegakkan benang yang basah nak mai dok habaq kata dia tak kesah semua yang diatas tue.. Jangan dok mohong bulan posa nie habaq kat dia sat.
Bila dekat nak raya yang paling seronok tentulah kanak kanak, yang kalau nak kira dia punya posa memang tak layak dijadikan asas untuk membolehkan dia sambut raya lebih dari orang yang posa, tapi ituah kanak2. Merekalah yang paling seronok sebab masa ni boleh melaram baju baru, kasut baru, seluar jin dan segala macam aksesori yang depa dok minta pasai nak sambut raya. Mak bapak macam biasala ikut mana yang mampu, yang berada boleh bagi semua yang anak anak minta, yang tak berada setakat yang mampu dan ala kadar sajala.
Yang penting raya mesti disambut bersama semua kawan kawan yang lain.
Bila cerita bab persiapan raya ni memang seronok. Mana taknya, nak beli kuih, tukaq tirai tingkap, sofa baru dan segala macam yang pelik pelik boleh jadi masa nak sambut raya..... hmm
Ada juga sampai sanggup berhutang semata mata nak pastikan raya disambut dengan meriah, bila lepas raya mula pakat bercakar, apa taknya hutang dah keliling pinggang. Janganlah ada lagi dikalangan kita yang buat perangai ni. Cukupla apa yang ada, sambutlah Aidilfitri ala kadar. Ikut kemampuan kita, jangan ikut selera orang. Jangan jadi kancil yang melihat gajah berak besar dia pun nak ikut sama. Yang pentingnya raya disambut bersama kaum keluarga tercinta dalam suasana yang ceria tanpa tekanan dan rasa susah hati.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI . MAAF ZAHIR DAN BATIN.......
p/s: sapa sapa yang lapang jemput la datang kerumah...... makan laksa ... ngan air sirap bandung..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan