Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia

Selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia dan pendatang serta pelancong yang ada di Malaysia...

Sekarang di Malaysia kita ada bermacam macam hari untuk disambut. Perayaan, kemerdekaan, kebesaran kaum dan sebagainya. Nampaknya bertambahlah cuti rakyat malaysia yang memang dah banyak cuti dalam setahun ni. Tu belum masuk yang ambik MC dari klinik lagi. Last last berapa hari yang tinggal untuk hari bekerja.

Pada yang bekerja, sila teruskan kerja dengan cemerlang...

Hari Raya Aidil Fitri...

Umat islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia baru saja selesai menyambut hari lebaran 1 Syawal yang lalu. Mungkin juga ada yang menyambutnya selama sebulan, maklumlah Syawalkan sebulan kata mereka, so kena la sambut selama sebula...Hmmm...betul jugak noooo....

Tapi jangan sambut raya sampai lupa puasa 6 hari di bulan syawal sudahlah.

Kes Bunuh..

Sebelum hari raya kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam ke atas pengasas produk kecantikan Datuk Sosilawati Lawiya. Saya kira ini antara kes pembunuhan dahsyat selepas kes pembunuhan menggunakan bom pada tahun lepas. Apa sudah jadi kepada rakyat Malaysia yang nampak seolah olah sudah hilang sifat perikemanusiaan. Sudahlah mangsa dipukul hingga mati, kemudian mayat dibakar dan dibuang ke sungai. Tak dapat kita bayangkan apa yang bermain di fikiran pembunuh yang begitu 'kering' memperlakukan mangsa dengan sedemikian rupa. Diharapkan semua pesalah akan meneima hukuman setimpal diatas perbuatan kejam mereka tersebut. Kita juga berharap tiada suspek yang akan terlepas dari tindakan kali ini. Kepada keluarga semua mangsa diharapkan tabah menghadapi ujian yang berat ini. Marilah kita sama sama menghadiahkan Al Fatihah buat semua mangsa yang meninggal.... Amiiinnnnn...

Diharapkan selepas ini jangan ada lagi kes seumpama ini di negara kita kerana akan memberi gambaran negara kita tak selamat lagi untk didiami...Naudzubillah...Mohon dijauhkan oleh Allah dari sebarang bencana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan