YA ALLAH....
Sekiranya menyintai seseorang adalah satu dosa......Ampunkanlah aku YA ALLAH
YA ALLAH....
Sekiranya menyayangi seseorang adalah menjadi satu kesalahan.... aku bermohon kepada MU kau bukakanlah hatinya agar memaafkan aku....kerana aku bersalah kepadanya.....
YA ALLAH...
Sesungguhnya aku bermohon agar aku diberi kekuatan agar aku tidak terus melakukan dosa dan membuat kesalahan kepada mereka mereka yang aku sayang YA ALLAH....
YA ALLAH....YA RAHMAN....YA RAHIM.....
KAU ampunkanlah segala dosa dosa ku kerana aku telah menyayangi mereka, dan KAU ampunkanlah segala dosa mereka sekiranya mereka membenci aku YA ALLAH.....
AMIN YA RABBAL A'LAMIN.......
ALLAH MENGURNIAKAN KITA DUA MATA, DUA TELINGA DAN SATU MULUT SUPAYA KITA KURANGKAN BERCAKAP DAN BANYAK MELIHAT DAN MENDENGAR, SUPAYA KITA SEDAR SIAPA DIRI KITA......
Selasa, 16 Ogos 2011
Ahad, 14 Ogos 2011
CINTA...APA KATA ANDA?
Bila bicara soal cinta atau sayang selalunya perkara ini akan menjadi suatu tajuk yang subjektif kerana pendapat setiap orang akan berbeza beza.
Walaubagaimanapun dapat dibuat rumusan rambang (bukan 100% tepat) menunjukkan terdapat jurang perbezaan antara makna cinta bagi wanita dan lelaki.
WANITA-
Mereka menganggap cinta ialah possession atau memiliki sesuatu yang dicintai. So dalam konteks ini apabila wanita mencintai seseorang ia akan memberi maksud mereka memiliki seseorang. Jadi apa sahaja yang dibuat, difikir dan dilakukan oleh orang yang dimiliki mestilah bertepatan dengan kehendak dan selera mereka. Maka disini akan timbul satu perasaan ingin menguasai dan mengongkong pasangan mereka. Inilah yang selalunya menjadi punca perbalahan dikalangan setiap pasangan. Berbeza dengan lelaki....
LELAKI-
Pada mereka cinta ialah satu anugerah yang suci. Orang putih sebut ia suatu honour... Suatu penghargaan jika dapat mencintai seseorang apatah lagi jika dicintai kembali. Ia bersesuaian dengan fitrah lelaki yang dijadikan oleh Allah taala mempunyai hati yang mampu menyintai empat wanita seperti disebut didalam kitab suci Al Qur'an dimana lelaki dibolehkan mengahwini empat wanita selagi mana syarat keadilan itu mampu ditegakkan. Cuma kadang kadang lelaki yang diberi peluang oleh Allah mencintai lebih dari seorang wanita gagal memanfaatkan peluang dan gagal menuruti kehendak dan tuntutan syarak yang disebut di dalam Al Qur'an.
Lelaki juga dibebankan dengan satu tanggungjawab yang maha berat di padang mahsyar nanti dimana mereka akan menanggung 4 wanita daripada kalangan mereka iaitu ibunya, isterinya, saudara perempuannya dan anak perempuannya. Sedangkan wanita mereka akan ditanggung keatas empat lelaki iaitu bapanya, saudara lelakinya, suaminya dan anak lelakinya. Tetapi berapa ramai wanita yang menyedari hakikat ini, kerana zaman sekarang kebanyakan wanita seakan akan tidak kisah apa akan jadi di mahsyar nanti kerana kalau dilihat pada pakaian dan fesyen zaman sekarang amat menggerunkan lelaki lelaki yang akan menanggung mereka di mahsyar nanti.
Ini hanyalah pendapat yang mungkin betul dan mungkin juga silap. Ia hanya pandangan penulis yang terdedah kepada kekhilafan sebagai manusia biasa yang tidak sunyi melakukan kesalahan.
Sama samalah kita renungkan.....

Selasa, 2 Ogos 2011
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Semoga kehadiran Ramadhan kali ini memberi sinar baru kepada kita semua hendaknya...
Banyakkan amalan pada bulan ini kerana Allah telah menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda dari bulan bulan yang lain...
Banyakkan membaca Al-Quran dan berselawat ke atas nabi...
Solat lima waktu jangan ditinggalkan kerana solat ialah tiang ugama islam....
Semoga mendapat rahmat semuanya.... Amiiinnnnn

Selasa, 12 Julai 2011
Budak Budak Sekarang.....macam macam
Ahad lepas aku pi kenduri bapak sedara aku yang dibuat di dewan MPSPK Tikam Batu... ok la...aku sampai lebih kurang satu setengah tengahari, masa tu jugakla rombongan pengantin sampai.
Aku jumpa tuan rumah cerita apa patuit terus masuk dalam dewan menjamu selera.
Masa nak ambik makan tiba bahu aku ditepuk seseorang... bila aku lihat ... la rupanya member satu opis... bila dirisik...sedara mara aku rupanya.....
Yang paling aku tak tahan masa dok tengah balun menu hari tu dengan bini aku...pengantin pun masuk...
masa pengantin dok atas pentas untuk makan beradab dengan meja khas disediakan diatas pentas ni la anak aku yang sulung Haikal...membuat satu kenyataan yang aku dan umi dia jadi senyum sendiri...
Mana taknya...bila dia tengok pengantin dok atas pentas lengkap dengan busana menarik dan cantik...dengan meja yang dihias cantik, dia sebut ka ummi dia...
"nanti bila abang (Haikal) kawen abang nak buat macam tu la" katanya tanpa sebarang rasa bersalah..
aku macam nak bersembur nasi dalam mulut yang tengah dok ngunyah masa tu... dan aku cuma senyum kat bini aku... aku cuma kata dalam hati
'Hmmm budak budak zaman sekarang'.... Tinggi sungguh cita cita dan imaginasi depa...

Isnin, 6 Jun 2011
Hari Paling Sedih Dalam Tahun Ini....
Sudah dekat satu minggu ibuku meninggal dunia.....
Tetapi ingatanku tetap masih bersamanya... aku amat terasa dengan kehilangan ibuku yang kembali mengadap Rabb nya....
Tetapi aku tetap redha dengan ketentuan Ilahi ini kerana setiap yang hidup pasti akan menempuh kematian....
Mudah mudahan roh ibuku ditempatkan bersama para solihin dan mendapat keampunan dan redha Allah hendaknya...amin....
Sedikit mengenai ibuku...
Dia bukanlah orang yang berada hingga mampu mneingalkan kepada kami adik beradik gedung gedung harta atau himpunan berekar tanah untuk diwarisi....
Ibuku tidak terpelajar seperti kebanyakan ibu zaman sekarang....
Namun begitu ibuku amat istimewa kerana telah membesarkan kami sembilan orang adik beradik dengan penuh susah payah bersama bapaku sehingga kami mapu berdikari dan menjadi orang yang berguna hari ini.....
Ibu tidak pernah mengharapkan anak2nya membelikan segala macam kemewahan dunia untuk dinikmati....cukup sekadar menjenguk ibu di waktu lapang hujung minggu bersama keluarga ersayang... kerana bagi ibu melihat kepulangan anak anak dan keletah cucu sudah cukup memberi kebahagian yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit....
IBUUUUU.......
AKU AMAT MENYAYANGI IBU...
AKU DOAKAN IBU SENTIASA DIDALAM RAHMAT DAN PERLINDUNGAN ALLAH....
MOGA DIKETEMUKAN SEMULA DI SYURGA ..INSYA ALLAH.....AMIN..........

Rabu, 5 Januari 2011
Selamat Tahun Baru 2011......
Seperti biasa bagi setiap awal tahun akan ada ucapan Happy New Year... So aku pun nak gak ucapkan happy new year pada korang, walaupun agak lewat , tapi ok la daripada tak ada langsung ...ye dak.
Dan tahun ni pun macam tahun2 yang lau, maka pakat pakat lah berazam itu ini walaupun azam yang tahun lepas pun masih tinggal azam, tapi sebab semua orang cerita pasal azam, kita pun sibuk nak pasang azam...konon konon kita ni up to date lah gayanya...piiiirah...
Cerita pasal azam apa azam aku tahun ni...hmmm
Ceh...azam tahun lepas aku rasa tak berapa nak setel lagi, ni nak cakap pasal azam baru...lupakan je la... fokus dulu pada azam yang lama yang belum selesai lagi baik aku rasa....apa kata pak kordi...dia mesti setuju, sebab baru ni dia pun ada merungut pasal banyak azam dia yang kantoi lagi. Semua dalam stage palnning, pelaksanaan....dari RMK 6 sampai dah nak masuk yang 11, dia masih lagu tue katanya. Aku no kemen la...
Jadi...sempena tahun baru hijrah dan masehi yang masih awal ni... buatlah yang terbaik...so keep on movin guys....no more play-play.....
See yaa>>>>>>>
p/s: Awal tahun ni aku dah dapat Bos baru ... Bos lama dah pencen, so aku rasa dah sampai masanya perangai2 buruk masa bos lama, kena aku buang dalam sungai...ubah kepada perangai baik yang lebih membantu....apa kata korang....ha ha ha
Korang jangan nak maki maki aku pulak bila aku nak berubah ni...bagi la semangat sikit kak Ika no.....he he he

Isnin, 1 November 2010
MACAM MACAM HAL......
Entah apa la hantu yang mengganggu sejak dua menjak ni...lepas satu, satu perkara perkara pelik yang jadi. Baru ja selesai masalah mak aku sakit, mai masalah kereta dah kena tarik oleh pihak bank... dah setel ngan bank , keta pun dah jual...mai pulak dah saman JPJ...
Masa keta kena tarik dah la talipon aku disapu oleh mangkuk penarik keta, dah tu dia bawak punya laju keta yang dia tarik tu, sampai pulak satu surat cinta dari trafik Butterworth...
Memang celaka betoi la puak puak ni... aku ingat nak buat derk ja pasal di galas henpon aku tu, pasai boleh beli yang lain..tapi ni dah bab mai surat saman trafik, apa kejadahnya ni...
Yang aku hangin kalau tanya bank dia buat lepas tangan, mau aku report saja ke bank negara , tengok apa depa nak buat...
Lepas ni aku tak kira kalau x clear jugak problem ni, memang aku 'tabuh' puak puak ni cukup...

Langgan:
Catatan (Atom)