Isnin, 6 Jun 2011

Hari Paling Sedih Dalam Tahun Ini....

Sudah dekat satu minggu ibuku meninggal dunia.....
Tetapi ingatanku tetap masih bersamanya... aku amat terasa dengan kehilangan ibuku yang kembali mengadap Rabb nya....
Tetapi aku tetap redha dengan ketentuan Ilahi ini kerana setiap yang hidup pasti akan menempuh kematian....
Mudah mudahan roh ibuku ditempatkan bersama para solihin dan mendapat keampunan dan redha Allah hendaknya...amin....

Sedikit mengenai ibuku...
Dia bukanlah orang yang berada hingga mampu mneingalkan kepada kami adik beradik gedung gedung harta atau himpunan berekar tanah untuk diwarisi....
Ibuku tidak terpelajar seperti kebanyakan ibu zaman sekarang....
Namun begitu ibuku amat istimewa kerana telah membesarkan kami sembilan orang adik beradik dengan penuh susah payah bersama bapaku sehingga kami mapu berdikari dan menjadi orang yang berguna hari ini.....
Ibu tidak pernah mengharapkan anak2nya membelikan segala macam kemewahan dunia untuk dinikmati....cukup sekadar menjenguk ibu di waktu lapang hujung minggu bersama keluarga ersayang... kerana bagi ibu melihat kepulangan anak anak dan keletah cucu sudah cukup memberi kebahagian yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit....

IBUUUUU.......
AKU AMAT MENYAYANGI IBU...
AKU DOAKAN IBU SENTIASA DIDALAM RAHMAT DAN PERLINDUNGAN ALLAH....
MOGA DIKETEMUKAN SEMULA DI SYURGA ..INSYA ALLAH.....AMIN..........

Rabu, 5 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011......

Seperti biasa bagi setiap awal tahun akan ada ucapan Happy New Year... So aku pun nak gak ucapkan happy new year pada korang, walaupun agak lewat , tapi ok la daripada tak ada langsung ...ye dak.
Dan tahun ni pun macam tahun2 yang lau, maka pakat pakat lah berazam itu ini walaupun azam yang tahun lepas pun masih tinggal azam, tapi sebab semua orang cerita pasal azam, kita pun sibuk nak pasang azam...konon konon kita ni up to date lah gayanya...piiiirah...

Cerita pasal azam apa azam aku tahun ni...hmmm

Ceh...azam tahun lepas aku rasa tak berapa nak setel lagi, ni nak cakap pasal azam baru...lupakan je la... fokus dulu pada azam yang lama yang belum selesai lagi baik aku rasa....apa kata pak kordi...dia mesti setuju, sebab baru ni dia pun ada merungut pasal banyak azam dia yang kantoi lagi. Semua dalam stage palnning, pelaksanaan....dari RMK 6 sampai dah nak masuk yang 11, dia masih lagu tue katanya. Aku no kemen la...

Jadi...sempena tahun baru hijrah dan masehi yang masih awal ni... buatlah yang terbaik...so keep on movin guys....no more play-play.....

See yaa>>>>>>>


p/s: Awal tahun ni aku dah dapat Bos baru ... Bos lama dah pencen, so aku rasa dah sampai masanya perangai2 buruk masa bos lama, kena aku buang dalam sungai...ubah kepada perangai baik yang lebih membantu....apa kata korang....ha ha ha

Korang jangan nak maki maki aku pulak bila aku nak berubah ni...bagi la semangat sikit kak Ika no.....he he he

Isnin, 1 November 2010

MACAM MACAM HAL......

Entah apa la hantu yang mengganggu sejak dua menjak ni...lepas satu, satu perkara perkara pelik yang jadi. Baru ja selesai masalah mak aku sakit, mai masalah kereta dah kena tarik oleh pihak bank... dah setel ngan bank , keta pun dah jual...mai pulak dah saman JPJ...

Masa keta kena tarik dah la talipon aku disapu oleh mangkuk penarik keta, dah tu dia bawak punya laju keta yang dia tarik tu, sampai pulak satu surat cinta dari trafik Butterworth...
Memang celaka betoi la puak puak ni... aku ingat nak buat derk ja pasal di galas henpon aku tu, pasai boleh beli yang lain..tapi ni dah bab mai surat saman trafik, apa kejadahnya ni...

Yang aku hangin kalau tanya bank dia buat lepas tangan, mau aku report saja ke bank negara , tengok apa depa nak buat...

Lepas ni aku tak kira kalau x clear jugak problem ni, memang aku 'tabuh' puak puak ni cukup...

Khamis, 16 September 2010

Selamat Hari Malaysia

Selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia dan pendatang serta pelancong yang ada di Malaysia...

Sekarang di Malaysia kita ada bermacam macam hari untuk disambut. Perayaan, kemerdekaan, kebesaran kaum dan sebagainya. Nampaknya bertambahlah cuti rakyat malaysia yang memang dah banyak cuti dalam setahun ni. Tu belum masuk yang ambik MC dari klinik lagi. Last last berapa hari yang tinggal untuk hari bekerja.

Pada yang bekerja, sila teruskan kerja dengan cemerlang...

Hari Raya Aidil Fitri...

Umat islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia baru saja selesai menyambut hari lebaran 1 Syawal yang lalu. Mungkin juga ada yang menyambutnya selama sebulan, maklumlah Syawalkan sebulan kata mereka, so kena la sambut selama sebula...Hmmm...betul jugak noooo....

Tapi jangan sambut raya sampai lupa puasa 6 hari di bulan syawal sudahlah.

Kes Bunuh..

Sebelum hari raya kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam ke atas pengasas produk kecantikan Datuk Sosilawati Lawiya. Saya kira ini antara kes pembunuhan dahsyat selepas kes pembunuhan menggunakan bom pada tahun lepas. Apa sudah jadi kepada rakyat Malaysia yang nampak seolah olah sudah hilang sifat perikemanusiaan. Sudahlah mangsa dipukul hingga mati, kemudian mayat dibakar dan dibuang ke sungai. Tak dapat kita bayangkan apa yang bermain di fikiran pembunuh yang begitu 'kering' memperlakukan mangsa dengan sedemikian rupa. Diharapkan semua pesalah akan meneima hukuman setimpal diatas perbuatan kejam mereka tersebut. Kita juga berharap tiada suspek yang akan terlepas dari tindakan kali ini. Kepada keluarga semua mangsa diharapkan tabah menghadapi ujian yang berat ini. Marilah kita sama sama menghadiahkan Al Fatihah buat semua mangsa yang meninggal.... Amiiinnnnn...

Diharapkan selepas ini jangan ada lagi kes seumpama ini di negara kita kerana akan memberi gambaran negara kita tak selamat lagi untk didiami...Naudzubillah...Mohon dijauhkan oleh Allah dari sebarang bencana...